Monday, September 24, 2018

       Nota Ringkas Kesultanan Negeri Sembilan


  • Pengenalan:

Negeri sembilan bermaksud persekutuan sembilan buah negeri atau kawasan atau daerah.
Sembilan kawasan atau daerah yang terdapat di Negeri Sembilan  ialah:
  1. Sungai Ujong
  2. Jelebu
  3. Jempol
  4. Johol
  5. Rembau 
  6. Tampin
  7. Ulu Muar 
  8. Inas
  9. Gunung Pasir
           Namun, peredaran zaman telah berlalu dan sesetengah daripada daerah ini telah ditukarakan nama seperti Sungai Ujong,Johol, Ulu Muar,Inas, dan Gunung pasir.
  • Latar belakang:
          Asalnya, Negeri Sembilan ialah naungan Ke-Sultanan Johor Riau tetapi masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan sejak awal abad ke-15. Pada tahun 1770, Penghulu Luak, iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau  untuk menjadi raja Negeri Sembilan.
  • Raja Melewar:
         Raja Minangkabau telah bersetuju mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah Negeri Sembilan. Baginda mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1773 dan menjadikan Seri Menanti sebagai pusat pemerintahan. Gelaran yang digunakan baginda ialah Yamtuan Sri Menanti. Baginda diiktiraf oleh Kesultanan Johor Riau.
  • Yamtuan Antah (1872-1888):
         Baginda merupakan pemerinah yang mashur ketika memerintah Negeri Sembilan. Terdapat banyak sumbangan baginda yang dapat memajuakn Negeri Sembilan seperti:
  1. Berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan orang luar
  2. Pemerintahannya yang stabil membolehkan Negeri Sembilan menjalinkan hubungan dengan kerajaan lain.
        
         Apabila Yamtuan Lenggang mangkat, berakhirlah tradisi melantik pemrintah dari Minangkabau. Yamtuan Radin (putera Yamtuan Lenggang) ditabalkan sebagai pemerintah pada tahun 1830 dan baginda merupakan waris pemerintah tempatan. Namun, kuasa memilih Yamtuan masih ditentukan oleh Undang Yang Empat , iaitu:
  1. Sungai Ujong
  2. Jelebu
  3. Johol
  4. Rembau
Yamtuan Besar Negeri Sembilan kekal bersemayam di Seri Menanti. Istana di Seremban pula ialah istana hinggap.
Istana Lama Seri Menanti