Friday, October 5, 2018

                                Kesultanan Selangor


  • Pengenalan:
         Kesultanan Selangor diasaskan oleh keluarga Bugis yang berpengaruh dalam Kesultanan Johor Riau pada abad ke-18.

  • Nota ringkas:
Peta Zaman Kesultanan Johor Riau


  • Selangor merupakan sebahagian daripada wilayah naungan Kesultanan Johor Riau sejak abad ke-16. Pada abad ke-18, masyarakat Bugis semakin rmai menetap di Selangor. Pada ketika itu, Daeng Chelak yang berketurunan Bugis menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau. 














Sultan Mahmud Shah



  • Putera Daeng Chelak Bernama Raja Lumu telah menghadap Sultan Perak, Sultan Mahmud Shah telah menabalkan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor.


















Peta pemerintahan Kesultanan Selangor

  • Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. 




















Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
  • Sultan Salehuddin Shah mendirikan pusat pemerintahan di Kuala Selangor. Keturunan Baginda mewarisi takhta Selangor hingga hari ini.













        Kesinambungan pengasasan kerajaan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor menunjukkan penerusan tradisi Kesultanan Melayu Melaka. Tradisi kesultanan tersebut kekal bertahan dna kini sistem kesultanan disesuaikan dengan corks pemerintahan baharu selepas negara kita mencapai kemerdekaan.  
         

Wednesday, October 3, 2018


   Kerajaan Kelantan:Nota Ringkas

  • ·     Pengenalan:

Kelantan merupakan wilayah yang pernah dikuasai dan bergabung dengan Kerajaan Patani.Pengasasan Kerajaan Kelantan merupakan hasil daripada penyatuan 2 wilayahnya oleh putera pemerintah tempatan.

  • Peta Minda:


Kerajaan Kelantan

       Sultan Muhammad II (1837-1886) merupakan antara pemerintah yang masyhur. Baginda telah mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan pada tahun 1844. Istana Balai Besar telah dibina sebagai tempat bersemayam dan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Baginda telah menguatkuasakan undang-undang syarak. Kesannya, Kelantan menjadi negeri yang aman. Kelantan juga makmur sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuam para pedagang dari negara jiran dan Negeri Melayu yang lain. Keturunan Long Yunus telah mewarisi Pemerintahan Kerajaan Kelantan hingga hari ini.